A blogger’s response (anonymous) on one of the reasons why 1Malaysia hogwash cannot be a reality.
Extracted from a blog.
Edited for easy read.
Kami bangsa Malaysia walaupun kerajaan kami anggap kami Cina. Apakah logik ini, tak fasir cakap Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu bermakna tak setia atau racist? Hantar anak ke sekolah vernacular dan bukan sekolah kebangsaan bermakna tak setia atau racist?
Sejak tahun '70-an kami sedar negara Cina akan jadi negara penting dan dengan penduduk begitu ramai menjadi pasaran yang begitu besar. Itu sebab kami hantar anak-anak kami ke vernacular school dengan pengenalan bahasa Mandarin mereka akan ada peluang kerja yang lebih luas. Itu bukan racist.
Lama dahulu, saya hantar anak saya ke sekolah nasional. Apa berlaku? Di sana, cikgu dia sebelum mula kelas akan berdoa secara Islam. Orang beragama Islam memang takut anaknya dipengaruhi agama lain dan akan bantah kalau Cikgu Kristian bermula kelas dengan berdoa secara Kristian. Sama juga kami yang beragama lain. Itu racist kah?
Tahukah anda dalam sekolah kebangsaan, ada cikgu Melayu diskriminasi terhadap orang bukan Melayu. Lagi, ada oleh kerana dasar NEP ada ramai cikgu-cikgu tidak cekap mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kami yang ada pengaruhan yang begitu nipis boleh mengubah keadaan itu kah? Itu alasan kami tidak hantar anak-anak kami ke sekolah kebangsaan.
Walaupun mungkin ada overt discriminasi (harap tidak luas) tapi itu bukan dari orang bukan Melayu sahaja. Tanpa NEP dan lain-lain, pun ada diskriminasi orang Melayu terhadap orang bukan Melayu. Itu malang kejadian seluruh dunia. Itu boleh jadi sebab kenapa harus ada diskriminasi RASMI terhadap orang bukan Melayu kah? Supaya hampir tak ada peluang orang bukan Melayu menjadi kakitangan kerajaan dan lain lain.
No comments:
Post a Comment