Thursday, November 17, 2011

Bersih 3.0 ...

Taken from sources within ...


Kerajaan BN ditekan buat timbangan serious realisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR masih tidak buat apa-apa pendekatan awal baik-pulih sistem pilihanraya terutama dalam aspek tuntutan tidak perlu perubahan akta seperti pengunaan dakwat kekal.

Malah timbul pelbagai spekulasi negatif terhadap SPR and JPN dalam isu wargenegaraan untuk benarkan warga asing undi dan spekulasi panjangkan gunaan undi  pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain Polis and Tentera.

Ini bukan satu usaha baik-pulih tetapi melacur sistem pilihnraya demi terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha realisasikan tuntutan BERSIH 2.0

BERSIH 3.0 dilancar tujuan memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada lakukan perubahaan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan satu lagi himpunan protes rakyat besar dalam sejarah.

BERSIH 3.0 turut pantau jalanan PSC supaya tidak lengah sengaja. Penetepan tarikh BERSIH 3.0 selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan butikan penambah-baikan sistem pilihanraya melaui PSC.

BERSIH 3.0 ketika ini sedia dengan mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi akan dipenuhi lautan rakyat tidak kira warna kulit atau baju.

Harus ingat, setiap mereka yang turun pada 709 tetap hadir lagi sekali apabila sedari tiada apa yang boleh halang 120 ribu rakyat himpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Mereka yang tidak sempat hadir BERSIH 2.0 akan turun bersama apabila sedar demi demokrasi tidak apa yang perlu di takuti.

Pihak tentu wajib sedia kem lebih besar kerana rakyat hadir kali ini semua lapar ...lapar demokrasi.

BERSIH 3.0 akan buka tirai bila-bila masa dari sekarang. Tarikh akan diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius laksana reformasi pilihanraya.

Jagan sekali-kali 'under-estimate' kekuatan rakyat. Kami sudah bukti hebat dan kuat rakyat di BERSIH 2.0 dan tiada masalah untuk buktikan semula dalam BERSIH 3.0. 

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

1 comment:

  1. Kudos & thumb up 3.0 Bersih!!!. Give my support all the way! BN, bear in mind that VOICES of people regardless of creed should be heard...

    ReplyDelete

You may leave your comments but do stay impartial and pose better judgement. Thanks.